NURILANWAR TRAVEL

Mudahnya Sempurnakan Ibadah Di Tanah Suci

Khidmat Pakar Badal Haji, Badal Umrah, Dan Aqiqah / Korban Yang Berpengalaman Dan Dipercayai

PENGENALAN SYARIKAT

 

Nurilanwar Travel & Services merupakan sebuah syarikat Sendirian Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2019. Pihak pengurusan syarikat berpengalaman sejak tahun 2005 dalam menyediakan kemudahan bagi umat Islam di Malaysia untuk melaksanakan badal haji/umrah, aqiqah/korban, waqaf al-quran/kerusi roda, tahlil/doa selamat di Mekah & Madinah.
Pihak pengurusan dan kakitangan akan menguruskan segala keperluan anda dengan cara yang terbaik dan berpatutan mengikut perbincangan yang boleh memuaskan kedua belah pihak.
Nurilanwar Travel berharap agar segala cita-cita dan matlamat kami mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada semua pihak dan mendapat keredhaan dari-Nya dalam menguruskan amanah yang diberikan ini.

LATAR BELAKANG CEO

Haji Saifulnizam bin Haji Hasim merupakan CEO Nurilanwar Travel. Beliau berpengalaman selama 15 tahun dalam industri haji dan umrah dengan pelbagai trevel agency. Selain menguruskan jemaah haji dan umrah, beliau juga aktif dalam bidang pengurusan mutawwif dan beliau merupakan Mentor Akademi Mutawwif Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Johor Corpration serta ditauliahkan oleh Mufti Negeri Johor untuk menguruskan haji dan umrah serta merupakan Pembimbing Ibadah Haji Tanah Air (PEKTA), TAbung Haji .Dalam masa yang sama, beliau sentiasa dijemput untuk memberi Kursus Haji dan Umrah serta Kursus Mutawwif dari pelbagai penganjuran.

AGEN/WAKIL

Agen/wakil Nurilanwar Travel berada di seluruh Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada alumni Akademi Mutawwif Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Johor Corporation dengan kerjasama Waqaf An-Nur serta diuruskan oleh Capaian Aspirasi Sdn. Bhd. dan ditauliahkan oleh Mufti Negeri Johor untuk menguruskan haji dan umrah. Agen/wakil Nurilanwar Travel juga sentiasa diberi ilmu dan kemahiran dari masa ke semasa untuk melahirkan agen/wakil syarikat berilmu berkualiti dan professional.

Contact

012 583 5474

No. 310, Lorong Melor 1/2, Ambangan Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah