NURILANWAR TRAVEL

Mudahnya Sempurnakan Ibadah Di Tanah Suci

Khidmat Pakar Badal Haji, Badal Umrah, Dan Aqiqah / Korban Yang Berpengalaman Dan Dipercayai

KENAPA PERLU MEMILIH KAMI

SAH

Syarikat kami di daftarkan di Malaysia dan berstatus Sendirian Berhad

BERPENGALAMAN

Diuruskan oleh ustaz-ustazah dan mutawwif yang berpengalaman luas dalam bidangnya.

MUDAH

Urusan di lakukan dengan mudah.

BUKTI

Setiap urusan akan disediakan bukti yang nyata samaada dalam bentuk gambar, video atau sijil.

“Sesiapa yang menunaikan haji dari Makkah sambil berjalan kaki (yakni menuju ke Mina, Muzdalifah dan `Arafah) sehingga dia kembali ke Makkah, maka Allah SWT menulis baginya untuk setiap langkahnya 700 kebajikan dan setiap kebajikan itu adalah seumpama kebajikan-kebajikan yang dilakukan dalam Tanah Haram. Lalu baginda ditanya oleh sahabat, ” Apakah kebajikan Tanah Haram itu (yakni apakah keistimewaan kebajikan Tanah Haram) ?” Baginda menjawabnya dengan bersabda: “Bagi setiap kebajikan itu diganda dengan 100,000 kebajikan.”

 

(HR. al-Hakim, al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

PAKEJ – PAKEJ YANG TERBAIK DARI KAMI

BADAL HAJI

Ibadah Badal Haji adalah bermaksud upah haji yang dibenarkan oleh Islam bagi mereka yang telah uzur atau telah meninggal dunia.

 

Jika seseorang itu belum mengerjakan ibadat haji ketika hidup sedangkan ia mampu, maka wajib bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya.

 

Jika dia belum mengerjakan ibadat haji kerana tidak mampu, maka adalah sunat bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya, atau dari harta si waris itu sendiri.

Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Baginda: ”Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan.”  (Riwayat Bukhari)

TESTIMONI DARI PESERTA KAMI

PAKEJ BADAL HAJI TERBAIK UNTUK YANG TERSAYANG

RM2800

 

Kami menyediakan perkhidmatan upah haji bagi keluarga yang telah meninggal dunia atau yang sedang uzur kekal dan tidak mampu melaksanakan ibadah haji.

 

Upah haji ini dilaksanakan oleh Ustaz, Pelajar, Mutawwif, Haji & Hajjah yang berpengalaman luas megerjakan ibadah haji dan umrah yang bermastautin di Kota Mekah Al-Mukarramah.

 

Setiap Peserta akan menerima

  • Sijil upah haji
  • Air Zam-Zam (bergantung pd stok, jika tiada akan diganti dengan hadiah lain)
  • Tasbih
  • Minyak Atar
  • Kurma
  • Serban (lelaki)
  • Kupiah (lelaki)
  • Tudung (perempuan)

DAFTAR SEKARANGHUBUNGI KAMI

BADAL UMRAH

Para ulama berkata bahawa hukum badal umrah sama dengan hukum badal haji.

Dalam Al-Mawsu’ah Al-Fiqhiyyah juz ke-30, hlm. 328-329 dalam pembahasan umrah untuk yang lain disebutkan,

para fuqaha secara umum membolehkan menunaikan umrah untuk yang lain kerana umrah sama halnya dengan haji boleh ada badal di dalamnya. Kerana haji dan umrah sama-sama ibadah badan dan harta. Namun ada perincian dari pendapat ulama yang ada.

 

 

Ulama Hanafiyah menyatakan bolehnya menunaikan umrah dari yang lain atas wasiatnya. Kerana menggantikan hanya boleh dari wasiat arwah. Kalau ada wasiat, boleh dibadalkanlah umrah tersebut kerana saat itu bererti melakukan hal yang diwasiatkan.
Ulama Malikiyah menyatakan dimakruhkan mengganti umrah. Namun jika terjadi, tetap dihukumi sah.
Ulama Syafi’iyah berpendapat bahawa boleh ada badal atau menggantikan menunaikan umrah dari yang lain jika yang digantikan adalah arwah atau orang yang masih hidup namun tidak lagi memiliki kemampuan untuk menunaikannya sendiri.
Siapa sahaja yang sudah dibebani melakukan umrah yang wajib dan berkemampuan ketika itu, namun tidak melakukkannya sampai meninggal dunia, maka wajib menunaikan umrah tersebut oleh orang lain dari harta peninggalan arwah. Orang lain yang tidak ada hubungan kekeluargaan jika menunaikan umrah tersebut tetap dianggap sah walau tanpa izinnya. Sebagaimana tetap sah jika ada yang menyelesaikan hutang walau tanpa izinnya.
Ulama Syafi’iyah juga berpendapat, boleh juga menunaikan umrah yang sunnah jika yang digantikan tidak mampu menunaikan sendiri sebagaimana boleh juga menunaikannya untuk arwah.
Sedangkan ulama Hambali berpendapat bahawa tidak boleh mengumrahkan orang yang masih hidup kecuali dengan izinnya. Memang umrah boleh digantikan namun perlu akan izin dari orang yang digantikan. Adapun arwah ( telah meninggal ) boleh diumrahkan meskipun tidak dengan izinnya.

PAKEJ BADAL UMRAH TERBAIK UNTUK YANG TERSAYANG

RM500

 

Kami menyediakan perkhidmatan upah umrah bagi keluarga yang telah meninggal dunia atau yang sedang uzur kekal dan tidak mampu melaksanakan ibadah umrah.

 

Upah umrah ini dilaksanakan oleh Ustaz, Pelajar, Mutawwif, Haji & Hajjah yang berpengalaman luas megerjakan ibadah haji dan umrah yang bermastautin di Kota Mekah Al-Mukarramah.

 

Setiap Peserta akan menerima :

  • Sijil Upah Umrah
  • Air zam-zam

DAFTAR SEKARANGHUBUNGI KAMI

AQIQAH & KORBAN DI MEKAH / MADINAH

HADIS BERKENAAN KORBAN


Nabi bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu amalan yang dilakukan manusia pada hari raya korban yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

 

HADIS BERKENAAN AQIQAH


Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.
(Riwayat al-Bukhari (2839)

Sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
(Riwayat Abu Daud (1522)

Keutamaan Aqiqah Iaitu:

 

  • Mendapat pahala karana melaksanakan sunnah Rasulallah – membuktikan diri kita mencintai Nabi Muhammad dan mencintai Islam kerana semua sumber hukum Islam ada pada Al Quran dan As Sunnah yang mana aqiqah adalah salah satu di dalam sunnah itu.

  • Menghilangkan kotoran dan penyakit – Aqiqah juga disertai dengan mencukur rambut bayi dengan niat menghilangkan kotoran dan penyakit.

  • Meningkatkan ibadah kepada Allah – Biasanya ibadah aqiqah ini disertai dengan bacaan yasin, selawat dan sebagainya. Amalan ini akan meningkatkan amal ibadah kepada-Nya.

  • Mendoakan kepada bayi – Waktu perlaksanaan majlis aqiqah akan dibaca doa kepada bayi moga beroleh keberkatan didunia dan akhirat.

  • Meningkatkan rasa kasih sesama muslim – Dengan menjemput jiran tetangga ke rumah atau memberi daging aqiqah kepada sesama muslim dapat meningkatkan rasa kasih sayang dan persaudaraan sesama muslim.

“PATUTLAH RAMAI SUKA MELAKSANAKAN KORBAN & AQIQAH DENGAN NURILANWAR TRAVEL”
“RUPA-RUPANYA PERLAKSANAANNYA MUDAH”

Kenapa perlunya laksanakan ibadah aqiqah / korban dengan kami

  • Berpengalaman luas

  • Harga lebih murah

  • Urusan lebih mudah

  • Disediakan bukti sembelihan

  • Dilaksanakan di tanah suci Mekah.

  • Daging aqiqah akan diagihkan sebaiknya kepada fakir miskin di Mekah.

PAKEJ AQIQAH / KORBAN DI TANAH SUCI MEKAH/MADINAH

1) Unta Seekor RM4500
     Satu Bahagian RM670
2) Lembu Seekor RM4200
     Satu Bahagian RM650
3) Kambing 1 ekor - RM 500 (1 Nama)
     2 ekor - RM 950 (1 Nama)

*Sekiranya bahagian lembu atau unta tidak mencukupi, maka yang bahagian unta akan digabungkan dengan lembu atau kambing serta harga unta  yang berbaki akan dikembalikan.

 

PESERTA AKAN DIBERIKAN:
  • Sijil.
  • Air ZamZam
  • Kurma

DAFTAR SEKARANGHUBUNGI KAMI

WAKAF AL-QURAN / WHEEL CHAIR DI MASJIDIL HARAM

Al-Quran yang diwakafkan di Mekah Al-Mukarramah atau Madinah Al-Munawwarah adalah menepati ciri-ciri Al-Quran yang dibenarkan oleh Masjid Al-Haram atau Masjid Nabawi iaitu: Al-Quran cetakan dari Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd, Madinah (Mujamma’ al-Malik Fahd lithiba’ati al-Mushaf asy-Syarif) dan mempunyai cop kelulusan serta cetakan. Peserta akan menerima Sijil Pengesahan Perlaksanaan sebagai bukti penyempurnaan ibadah wakaf.

Jika wakaf quran dengan cetakan selain cetakan Madinah, maka quran tersebut akan di ambil oleh petugas Quran di Masjid Haram dan Masjid Nabawi. Kerana setiap waktu akan ada petugas Masjid Haram dan Masjid Nabawi untuk mengambil Quran selain cetakan Madinah dan akan ditetakkan di masjid-masjid lain atau diberikan kepada negara lain.

 

Wakaf memiliki kelebihan dibandingkan ibadah sunnah lainnya, yakni pahala yang mengalir terus menerus sekalipun yang berwakaf sudah meninggal dunia. Rasulullah shalallahu alaihiwasallam bersabda:
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية،أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعو له
“Jika meninggal anak Adam, maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan ibu bapanya” (H.R. Muslim).

 

Wakaf termasuk kepada amalan sedekah jariah yang pahalanya mengalir terus walaupun telah meninggal dunia. Dan sebaik-baik wakaf adalah waqaf Al Qur’an di Masjid Haram, kerana solat di Masjid Haram lebih baik daripada 100,000 kali solat di masjid lainnya. Rasulullah shalallahu alaihiwasallam bersabda:
صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَوَصَلاَةٌ فِى الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ
“Solat di Masjidku lebih utama 1000 kali solat dibandingkan solat di masjid yang lain, kecuali Masjidil Haram. Dan solat di Masjidil Haram lebih utama 100,000 kali ganda dibandingkan solat di masjid yang lain”. (Ibnu Majah 1406)

 

Kenapa juga kita memilih berwakaf di Masjidil Haram? Sebagaimana kita ketahui didua masjid ini ada beribu-beribu orang bahkan berjuta-juta orang yang akan membaca al-quran yang kita waqafkan dan pahalanya berlipat kali ganda yang tidak akan diperolehi diselain dua masjid ini.Untuk itu marilah gunakan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya dan mari kita berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan untuk keberuntangan kita dunia dan akhirat.

WAKAF AL-QURAN DAN WHEEL CHAIR

Harga wakaf 1 Quran cetakan Madinah : Rm100

Harga wakaf 1 wheel chair  : Rm500

DAFTAR SEKARANGHUBUNGI KAMI

TAHLIL & DOA SELAMAT DI MEKAH / MADINAH

Amalan tahlil merupakan gabungan antara bacaan ayat dan surah daripada al-Quran, zikir kepada Allah SWT yang merangkumi tasbih, tahmid, takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memberi makan kepada orang ramai. Semua perkara tersebut merupakan amalan yang disyariatkan di dalam Islam. Dalam satu haditih yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Salam RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشوا السَّلامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا باللَّيْل وَالنَّاسُ نِيامٌ، تَدخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلامٍ

Maksudnya: Wahai manusia, sebarkanlah salam, jamukanlah makan (kepada orang ramai) dan bersembahyanglah ketika orang sedang tidur, maka kamu akan masuk ke dalam Syurga dengan sejahtera.

Begitu juga, berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang digalakkan Islam sepertimana yang disebut oleh al-Quran:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّـهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Maksudnya: Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
(Surah Muhammad : 19)
 
Kami menetapkan garis panduan untuk melakukan amalan tersebut seperti berikut:
▪️Pihak kami tidak menetapkan harga yang tertentu untuk nama-nama arwah yang diberikan.
▪️Selain untuk tahlil dan doa selamat, pemberian yang diberikan oleh pihak ahli keluarga arwah adalah sumbangan atau sedekah yang digunakan untuk program-program yang bermanfaat kepada masyarakat di tanah suci Mekah dan Madinah seperti jamuan berbuka puasa, bersahur, fisabilillh dan sebagainya bergantung kepada jumlah sumbangan yang diberikan.
Semoga ibadah yang dilaksanakan ini diterima oleh Allah SWT dan diganjarkan pahaha berlipat kaliganda di Tanah Suci Mekah & Madinah. Allah SWT berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Surah al-Baqarah: 277)

TAHLIL & DOA SELAMAT DI MEKAH/MADINAH

Orang Yang Anda Sayangi Telah Tiada Disisi?

Bagaimana Boleh Anda Bantu Mereka Yang Telah Tiada?

Atau Orang Yang Anda Sayangi Dalam Keadaan Sakit?

Ahli Keluarga Anda Memerlukan Perlindungan Dari Allah S.W.T?

Atau Anda Sendiri Memerlukan Doa Untuk Keselamatan Diri Anda?

Bagaimana Jika Kami Bersedia Untuk Membantu Mendoakan Di Tanah Suci Mekah & Madinah.

Bukankah Sebaik-Baik Tempat Berhajat & Berdoa Adalah Di Tanah Suci Mekah & Madinah?


Segera, Berikan Nama-Nama Mereka Kepada Kami.

Niatkan Juga Agar Usaha Anda Ini Diterima Allah S.W.T

Sumbangan tidak ditetapkan jumlahnya.

DAFTAR SEKARANGHUBUNGI KAMI

Contact

012 583 5474

No. 310, Lorong Melor 1/2, Ambangan Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah